TAIPAN 181 - HAI-O MARKETING SDB BHD



Ditubuhkan pada Disember 2006 berpusat di Taipan USJ9. Misi kami melahirkan ramai jutawan Bumiputera berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) yang boleh membentuk perniagaan berangkaian khususnya ke seluruh pelosok negara dan amnya ke seluruh dunia. Motto rangkaian Usahawan Taipan 181 ialah syarikat kukuh dan usahawan teguh. Bagaikan aur dengan tebing dan bagaikan kuku dengan isi menjadikan kami bersatu dan bergembeleng tenaga menjadikan perniagaan Hai-O setanding dengan syarikat luar negara. Berlatar belakang syarikat yang berada di Papan Utama Bursa Saham Malaysia iaitu Hai-O Enterprise Group Berhad berusia 34 tahun dan pengalaman perniagaan berangkaian iaitu Hai-O Marketing Sdn Bhd berusia 17 tahun memberikan inspirasi kepada kami untuk sama-sama merealisasikan modal insan dan menjadikan masyarakat Bumiputera bangkit di dalam bidang perniagaan sebaris dengan bangsa lain di negara Malaysia. Ayuh! sertai kami di Taipan 181 kerana bimbingan keusahawanan yang diberi secara percuma mampu merealisasikan Impian anda. Jangan anda berfikir panjang kerana berfikir panjang menjadikan anda lebih tua dari usia sebenar anda.